Dewan Rakyat Kecoh Liang Tidak Minta Maaf

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat terus digamatkan dengan tindakan pembangkang yang mencetuskan kekecohan ketika Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) menjelaskan dakwaannya berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara.

Beberapa wakil rakyat pembangkang dilihat bangkit membantah kenyataan Liang yang sekali lagi mengulangi dakwaannya terhadap Anwar.

Suasana Dewan Rakyat selepas sesi soal jawab lisan itu semakin kecoh apabila Liang dengan tegas enggan memohon maaf serta terus mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

"Saya hanya akan minta maaf setelah siasatan kerajaan dapat buktikan tiada campur tangan luar negara.

"Saya tak akan tarik balik," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dihentikan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berjanji akan membuat keputusan berhubung isu berkenaaan. "Dalam soal merujuk (Liang kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen) saya tak boleh tentukan hukuman.

"Kalau Simpang Renggam menarik balik apa yang disebut dalam Dewan, yang menjadi isu sekarang ini...maka isu ini akan selesai begitu sahaja.

"Tapi saya dengar beliau tidak mohon maaf pun. Saya akan teliti notis Jelutong, saya akan teliti dan buat tindakan sewajarnya," katanya.

Terdahulu Jeff Ooi (DAP-Jelutong) meminta penjelasan Pandikar Amin berhubung notis usul yang dikemukakan untuk merujuk Liang kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

Wakil pembangkang itu memfailkan usul menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(12) bagi mengheret Liang ke jawatankuasa tersebut kerana didakwa mengelirukan Dewan.

Pada Selasa, Dewan Rakyat menjadi gamat selepas dikejutkan dengan dakwaan Liang bahawa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Menurut Liang, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan Wikileaks itu turut mendakwa kesemua akaun dibuka di Amerika Syarikat, Israel dan China lengkap dengan maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana