DAP arah wakil rakyatnya jangan ikut arahan MB Selangor

Kes ini jika dilihat dari sudut yang lebih luas, satu tamparan kepada kredibiliti juga intergriti Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini berikutan keputusan rasmi DAP Pusat yang mengarahkan semua wakil rakyatnya di Selangor tidak ikut arahan Khalid berhubung pengisytiharan aset oleh anggota exco kerajaan negeri.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, alasan yang dikemukakan Khalid berhubung pengisytiharan untuk sebahagian dari aset berkenaan tidak ubah seperti alasan BN.

"DAP dengan hormatnya tidak bersetuju dengan alasan Khalid kerana ini adalah apa yang digunakan BN sebagai alasa untuk tidak mengisytiharkan aset wakil rakyat mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh yang demikian, katanya, DAP tidak akan mengikut arahan berkenaan tetapi  sebaliknya menetapkan tiga wakilnya - iaitu Speaker DUN dan tiga anggota exco - mengisytiharkan sepenuhnya aset mereka.

Mereka adalah Hannah Yeoh - Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan Ganapathi Rao.

Khalid dalam pengumumannya semalam berkata pengisytiharan aset oleh anggota exco tidak meliputi harta yang diperoleh sebelum dilantik ke jawatan sekarang atas sebab keselamatan.

Mengulas lanjut, Lim berkata  kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan aset ketua menteri dan semua anggota exconya pada tahun lalu dan tidak timbul sebarang ancaman kepada keselamatan diri atau anggota keluarga mereka.

Katanya pengistiharanya itu termasuk aset yang diperoleh sebelum dilantik sebagai exco negeri dan perkara itu disahkan oleh satu firma penguditan antarabangsa.

Lim menjelaskan, pengisytiharan aset sebelum pelantikan ke jawatan kerajaan adalah penting bagi menunjukkan bahawa tiada konflik kepentingan atau penyalahgunaan kuasa apabila anggota exco atau ketua menteri membuat sesuatu keputusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana