DAP amal nepotisme di setiap peringkat - MB Pahang

KUANTAN 3 Julai - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kehadiran dua beranak yang menjadi wakil DAP pada persidangan dewan undangan negeri membuktikan parti itu mengamalkan nepotisme di semua peringkat termasuk di peringkat tertinggi pucuk pimpinannya.

"Kalau anak saya juga jadi wakil rakyat, habislah saya," kata Adnan secara sinis.

Adnan berkata demikian ketika sesi soal jawab sambil mengucapkan tahniah kepada Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) dan anak perempuannya Leong Yu Man (DAP-Triang) yang menjadi wakil rakyat dan bersidang di dewan yang sama.

Sementara itu, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar) ketika membahaskan titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang merasmikan penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13, juga mengucapkan tahniah kepada kedua-dua beranak itu yang sama-sama berperanan sebagai pembangkang di DUN Pahang.

Bagaimanapun, Ngah Ngah melenting kerana diberikan ucapan "tahniah!" sambil berkata beliau berasa "sakit hati" dengan ucapan tahniah yang disifatkannya tidak ikhlas itu.

Ngah Ngah yang gagal ketika cuba mencelah semasa sesi soal jawab itu, bertindak bangun semasa Dr. Shukri membahaskan titah ucapan berkenaan apabila beliau (Dr Shukri) turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua beranak itu.

"Kenapa tahniah? Ikhlaskah? Saya rasa sakit hati, kenapa tidak pertikaikan kepimpinan kerajaan, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tun Hussein Onn, anaknya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein?," katanya.

Dr. Shukri berkata cubaan Ngah Ngah untuk memesongkan perkara itu tidak berasas kerana anak atau menantu pemimpin negara yang disebutnya tidak menjawat sebarang jawatan semasa era kepimpinan mereka.

Ngah Ngah yang masih tidak berpuas hati terus melenting. Bagaimanapun dia ditenteramkan Speaker DUN yang baharu, Datuk Ishak Mohamad dan memintanya bertenang dan membenarkan Dr Shukri meneruskan perbahasannya.

"Tahniah! Saya ikhlas ni," kata Dr Shukri. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana