Ceramah Pas Gagal Tarik Pengundi Besut

Walaupun Pas membawa nama-nama besar bagi membantu jentera dan gerak kerja kempen Kuala Besut, namun ia tetap GAGAL menarik simpati dan sokongan rakyat khususnya para pengundi. Sebagai contoh, portal MyKMU sebelum ini pernah melaporkan ceramah ‘ayam sambung’ parti itu yang juga merupakan Timbalan Presiden Pas, hanya mampu mengumpulkan sekitar 200 orang sahaja.

tidak percaya dengan sambutan yang diterima itu, Pas terpaksa ‘mengusung’ Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membantu menarik sokongan pengundi. Namun mereka hanya mampu merancang, tetapi Allah swt adalah sebaik perancang. Ceramah yang disampaikan oleh Nik Aziz malam tadi turut GAGAL menarik sokongan masyarakat. Dianggarkan hanya sekitar 1,000 orang sahaja yang hadir di ceramah yang diadakan di Kampung Beris Pok Abu malam tadi.

Namun apa yang menghairankan ialah, ceramah malam tadi turut dihadiri oleh calon Pas Azlan @ Endut, tetapi kehadirannya seolah tidak memberi sebarang makna dan kesan. Ini kerana dia langsung tidak diberi peluang untuki bercakap sepatah dua kata atau setidak-tidaknya menerangkan mengenai visi dan misinya sekiranya dipilih oleh pengundi pada 24 Julai

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana