Calon PAS mengaku tiada cita-cita politik

BESUT: Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof menyifatkan kesediaannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bukan untuk kepentingan peribadi atau mengejar cita-cita politik.

Sebaliknya kontraktor kayu itu berkata, penglibatannya dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya merupakan tanggungjawab demi memperjuangkan parti.

"Saya bukan bertanding untuk diri sendiri...untuk parti. Ini merupakan perjuangan parti yang diamanahkan kepada saya," katanya lapor Mstar.

Bagaimanapun Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' berkata, kesediaannya menceburi bidang politik adalah bagi membantu rakyat.

"Niat saya nak tolong masyarakat di Kuala Besut. Saya cuba untuk membantu menyediakan keperluan asas serta menyelesaikan isu kemiskinan," katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Azlan bakal berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang merupakan seorang jurutera awam.

Azlan dan Tengku Zaihan masing-masing merupakan calon muka baru.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana