BREAKING NEWS! Muallaf Merayu Untuk Murtad Melalui DAP?

Mengapa harus jadi begini? Tidak adakah kaedah lain atau ini hanya helah politik demi kepentingan parti tertentu. Amat malang bagi orang Islam yang sering diambil kesempatan oleh golongan-golongan yang berkepentingan. Inilah akibatnya apabila hero-hero politik yang beragama Islam gagal menjadi penyelamat demi menjaga kantung dan poket sendiri.

Kisah terjadi seorang bakal ibu yang muallaf, Siti Mariana Abdullah yang digunakan oleh parti politik untuk memurtadkan beliau. Hak asasi dan kebebasan beragama dijadikan asas dan landasan oleh Ahli Politik DAP kafir untuk memurtadkan seorang muallaf yang mungkin telah hilang pegangan kerana tiada bimbingan yang betul. Ahli Politik DAP ini dengan bangganya mengatakan bahawa beliau akan mengendalikan 5 kes lagi seperti ini.

Islam bagai dirobek dan dilangkah macam mayat hidup oleh golongan-golongan kafir laknat ini.

Dimanakah parti sekutu DAP yang mendakwa memperjuangkan Islam? Jika dilihat semasa berkempen, Parti PAS berdegar-degar ingin melaksanakan undang-undang Islam, mendakwa memelihara agama Islam namun gagal menghalang rakan sekutu memurtadkan seorang Islam yang lain.

Apa yang orang Islam boleh buat? Tiada apa-apa yang dapat dilakukan kerana pemimpin politik mementingkan undi dan poket sendiri daripada memelihara kedaulatan Islam.

Apa yang boleh dilakukan teman sebagai rakyat biasa, hanya mampu berdoa semoga Allah membukakan hati muallaf ini kembali ke pangkal jalan dan bertemu hidayah Islam semula.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana