Azmin ‘Tikam’ Anwar Depan-Depan

Tak pastilah sama ada sesiapa perasan perubahan hubungan antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sekarang. Azmin, dari seorang jeneral barisan hadapan yang mempertahankan Anwar, kini nampaknya berubah menjadi jeneral juga tapi ‘menikam’ Anwar depan-depan.

Semua gara-gara beberapa pertelingkahan senyap-senyap antara dua pemimpin utama PKR ini dalam beberapa siri perbahasan sidang parlimen/DUN Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Semalam, Azmin dilaporkan memuji jawapan balas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar dalam soal pengangguran di Malaysia, sedangkan Anwar mengecam jawapan tersebut yang dikatakan lebih kepada membaca teks yang disediakan pegawai.

Beberapa lama sebelum ini Azmin mempertikaikan tindakan Anwar mempersoalkan ketulusan SPR dalam mengendalikan PRU13. Walaupun Azmin hadir dengan berbaju hitam dalam perhimpunan haram Blackout 505 22 Jun yang lepas, dia tidak berucap walaupun dengan kedudukan tingginya dalam PKR.

Azmin juga tidak hadir dalam mana-mana himpunan Blackout yang diadakan di seluruh negara sebelum itu.

Terbaru di DUN Selangor, Azmin mempertikaikan permintaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mendapatkan tambahan bajet sebanyak RM 700 juta, yang disifatkan Azmin sebagai menunjukkan ketidak cekapan kerajaan pakatan pembangkang menguruskan kewangan negeri.

Anwar adalah penasihat ekonomi Selangor, malah ada yang kata dialah Menteri Besar Selangor yang sebenar dengan Khalid hanya menurut perintah sahaja. Mustahil bajet tambahan ini dipohon Khalid tanpa berbincang dengan Anwar dahulu.

Tapi itu bukan isunya, isunya ialah semua kejadian ini adalah bukti jelas wujudnya keretakan antara pasangan jantan yang pernah berkongsi wanita yang sama ini.

Pada penulis sendiri, ini satu perkembangan yang menarik untuk ditonton. Kita biasa dengan situasi pasangan normal (lelaki dan perempuan) merajuk dan merujuk, tapi dalam situasi Azmin-Anwar ini, ia jelas sangat tidak normal tapi ’drama’ berlaku juga.

Anwar tahu Azmin tidak akan dedah benda-benda jijik yang berlaku di antara mereka dahulu (atau sekarang), tapi Anwar mungkin tak sangka melihat pendekatan Azmin dalam menunjukkan pemberontakkannya kerana tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor – seperti yang dijanjikan pada 2008.

Sudahlah diakhirnya, melopong Anwar melihat Azmin ‘tikam’ dia depan-depan, bukan belakang seperti sepatutnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana