Azmin bidas S'gor kerap pohon bajet tambahan

SHAH ALAM: Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Azmin Ali (PKR - Bukit Antarabangsa) membidas tabiat kerajaan negeri yang seringkali memohon belanjawan tambahan.

Menurut beliau, tindakan itu menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri cuba memesong Dewan Undangan Negeri bagi membentangkan belanjawan berimbang tetapi sebenarnya meminta dana tambahan.

"Ini menggambarkan bahawa kerajaan negeri cuba memesongkan sidang DUN bagi membentangkan belanjawan berimbang, tetapi sebenarnya hanya untuk mendapat kebenaran untuk belanjawan tambahan tiga atau empat bulan kemudian," katanya ketika membahaskan titah Sultan Selangor hari ini.

Azmin berkata tindakan seumpama itu hanya memberi persepsi negatif di kalangan rakyat berhubung kemampuan kerajaan negeri merancang soal kewangan negeri.

"Adakah dana bagi Bajet 2013 dibelanjakan semuanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini?" soal Azmin.

Kerajaan negeri sekarang sedang cuba meluluskan rang undang-undang pembekalan tambahan bagi RM761 juta. Kerajaan negeri pada mulanya membentangkan belanjawan mereka bernilai RM1.67 bilion bagi 2013 dan menamakannya sebagai 'belanjawan berimbang'.

Dana tambahan yang dipohon itu adalah untuk pembekalan air percuma kerajaan negeri (RM165 juta), hutang bagi pengambil-alihan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (RM413 juta), hutang bagi projek Majlis Perbandaran Subang Jaya (RM24 juta) dan projek pembangunan lain (RM76 juta).

Menurut Azmin, sejarah pentadbiran lima tahun Pakatan Rakyat di Selangor bermula 2008 menyaksikan belanjawan tambahan dipohon sekurang-kurang sekali setiap tahun.

"Malah, ketika sesi ketiga, terdapat tiga Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan dibentangkan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana