Anwar Tak Nak Jadi Menteri, Dia Nak Jadi Perdana Menteri...

Wakil-wakil rakyat Barisan Nasional hari ini menyelar cadangan yang dibuat oleh pakatan pembangkang agar Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang diberikan status bertaraf menteri. Cadangan tersebut telah dilontarkan oleh ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang mewakili parti DAP yang mencadangkan agar status Ketua Pembangkang itu dinaiktarafkan. Dia berkata sedemikian ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan tersebut, ahli parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz ketika ditemui berkata beliau amat tidak bersetuju dan menegaskan perkara tersebut amat tidak bersesuaian.

“Saya melihat Ketua Pembangkang telah diberikan keistimewaan dengan diberikan ruang pejabat, pembantu dan elaun tetap oleh kerajaan. Namun untuk dinaikkan status sebagai menteri, ia tidak bersesuaian. Kerana pada saya ia merupakan keistimewaan kepada parti yang mendapat majoriti (dalam pilihan raya) untuk menubuhkan kerajaan, membentuk kabinet dan sebagainya.

“Kalau pembangkang turut diberikan jawatan menteri, maka dia samalah (dengan kerajaan). Jadi tak ada apa-apa makna dalam pilihanraya tersebut. Jadi saya menyarankan, keistimewaan yang sedang diterima pada ketika ini diteruskan dan tidak perlu untuk diberi jawatan yang berstatus menteri. Saya amat tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh wakil dari Kluang itu” katanya.

Seterusnya ahli parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang ditemui mengatakan ia hanyalah merupakan cadangan DAP yang sengaja ingin menimbulkan kesangsian rakyat. Ini kerana menurutnya Anwar hanya ingin menjadi Perdana Menteri dan bukannya menteri.

“Pertama sekali, pembangkang ini apa pun yang kita buat, semua tak kena. Anwar tak minta pun nak jadi menteri, dia nak jadi Perdana Menteri. Kadang-kadang kita keliru dengan pembangkang ni, mereka kata berpakat tapi pada hakikatnya tidak.

Kita boleh pakai satu pun apa yang mereka cakap, ini semua politik, sekiranya mereka hendak sesuatu perkara, namun sekiranya tidak diberi mereka akan salahkan kita. Dia (pembangkang) hanya nak memperdayakan kita” tegas beliau.

Mengulas mengenai perkara yang sama, ahli parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

“Pada saya, perkara ini secara logik akalnya tidak perlu dibangkitkan, kerana kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional. Kalau pembangkang diberi ruang sebagai menteri ia tidak betul dan amat tidak kena.

“Suruh dia buat di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Apakah mereka (kerajaan negeri) akan memberi ruang kepada Ketua Pembangkang Barisan Nasional (di Dewan Undangan Negeri) akan diberi peluang menjawat apa-apa jawatan di peringkat negeri?” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana