ANWAR SOKONG RAMPASAN KUASA DI MESIR ?


Pelik kenapa mengutuk dan membantah rampasan kuasa terhadap mohsi, bukan kah pakatan mahu merampas kuasa juga, mahu menjatuhkan kerajaan di bawah Dato Seri Najib dengan membabikan dan melembukan penyokong2nya, sepatutnya pakatan kena sokong tindakan rampasan kuasa itu kerana hanya suara rakyat yang boleh menjatuhkan kerajaan,

anwar ibrahim kena ingat ini malaysia, wakil rakyat yang di pilih telah ditentukan oleh rakyat, apa kah hang ingat boleh jatuhkan kerajaan???? dari tahun 1998 hang gagal, sekarang pun hang gagal. apa lagi hang mau ???
Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengutuk tindakan rampasan kuasa (kudeta) oleh tentera Mesir yang menyaksikan penyingkiran Mohamed Morsi sebagai presiden negara itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Morsi telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun kemenangan beliau dirampas secara zalim.

"Dari segi prinsipnya, kita tidak mendokong kudeta, kerana ia adalah pentadbiran tentera.

"Walaupun tentera Mesir sekarang meletakkan seseorang dari mahkamah Perlembagaan untuk menjadi presiden sementara, namun ia tidak melalui proses demokrasi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Anwar lagi, sekiranya timbul bantahan terhadap presiden yang dilantik, proses rundingan yang telus perlu dilaksanakan secara baik, bukannya rampasan kuasa.

"Kalau mahu diadakan pilihan raya dengan segera, ia mesti mengikut kaedah demokrasi.

"Pada pilihan raya lalu, keadaan itu tidak seperti di Malaysia, pilihan raya dianggap bebas dan diiktiraf, sebab majoriti memilih Morsi," tegasnya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut turut menyatakan bantahan terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Morsi.

"Proses pilihan raya telah dibuat secara demokratik, kenapa tiba-tiba tentera boleh melakukan rampasan kuasa," katanya.

"Kami desak masyarakat dunia mengutuk rampasan tersebut dan kerajaan Malaysia perlu memberi kenyataan berkenaan isu ini," tambahnya lagi.

Morsi kini dikenakan tahanan rumah selepas digulingkan oleh pihak tentera.

Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden kerajaan interim negara itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana