Anwar Punya Pukulan : Hanya ibu boleh tukar agama kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Islam membenarkan penukaran agama kanak-kanak hanya jika ia dibuat oleh ibu kanak-kanak itu, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut beliau, Pakatan Rakyat belum mengambil pendirian rasmi dan memutuskan sama ada wakil rakyat pembangkang akan menyokong pindaan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013.

"Biasanya dalam ketetapan Islam seperti yang disebut Nabi apabila anak kecil masuk Islam bersama ayah tetapi ibu bukan Islam,  anak itu akan dikembalikan kepada ibu untuk dijaga.

"Tapi ada pengecualian, perkara ini kita akan bincangkan dengan pihak yang berkaitan sebab tidak mahu berlaku pertelingkahan dengan agama lain," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Menurut Anwar, perbincangan dengan pemimpin pembangkang lain , termasuk pertubuhan bukan kerajaan perlu sebelum sesuatu keputusan dibuat.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan Tok Guru Hadi Awang, PAS, Keadilan dan juga Guan Eng sebelum memberi respon kepada umum tentang isu ini.

"Saya juga tengah merancang untuk bertemu dengan NGO, Ambiga juga akan bertemu dengan saya, kami sekarang dalam siri perbincangan," katanya.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk membenarkan salah seorang daripada ibu atau bapa untuk menukar agama anak di bawah umur kepada Islam adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Persekutuan dan peruntukan perlembagaan.

Katanya, kerajaan sedar dengan rungutan mengenai Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam tidak seragam dengan keputusan jemaah menteri  pada 2009 yang tidak bersetuju dengan penukaran agama secara tidak unilateral itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana