ANWAR IBRAHIM HILANG PENGARUH & MELUCUKAN?

Bekas aktivis DAP, Shen Yee Aun (SYA) berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin dapat menyusup masuk ke dalam parti Pas yang kini dikenali sebagai kumpulan ‘Anwarinas’, namun tidak mungkin saama sekali Ketua Umum PKR dapat menembusi DAP.
"Anwar mungkin boleh melakukan perkara ini terhadap Pas tapi saya rasa dia tidak dapat menembusi Lim Kit Siang. Sebab cengkaman dan pengaruh Lim Kit Siang dalam DAP sangat kuat.
“Segala posisi dan turun naik seseorang dalam DAP adalah dalam tangan Lim Kit Siang.
Saya rasa, Anwar tidak ada banyak pengaruh dalam DAP, “ katanya.
Menurut SYA, DAP telah mencapai kejayaan paling maksima pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), maka parti cauvanis Cina itu tidak mampu lagi melebihi daripada tahap itu.

“Mana-mana parti politik atau syarikat ada graf pencapaian mereka yang mana graf itu sudah sampai ke satu tahap keuntungan maksimum.

“Jadi, DAP sudah sampai satu tahap yang paling maksimum, masyarakat Cina dah penuh dah, India dapat separuh.

“Sekiranya DAP tidak cuba untuk mendapatkan undi Melayu, mereka tidak akan dapat selama-lamanya memerintah negara ini. Daripada matematik mereka tahu, itu yang pertama,”katanya lagi.

Ikutilah wawancara SYA bersama AIDC bahagian akhir, di Petaling Jaya, 6 Julai 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana