Annuar: Pas Kelantan sukar tembusi Kuala Besut

KUALA BESUT - Kuala Besut masih kubu kuat BN dan sukar dipengaruhi politik Pas Kelantan meskipun ia bersempadan dengan negeri yang ditadbir Pas itu, kata bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
 
Sebaliknya, pemerhatian beliau mendapati pengaruh BN Besut melangkau ke kawasan-kawasan Kelantan yang bersempadanan dengan Besut apabila BN menguasai Parlimen Machang dan Ketereh serta Dun Selising di kawasan Parlimen Pasir Puteh.
 
"Secara umumnya walaupun kita berjiran, pengaruh (Pas) dari Kelantan tidak mampu menumbangkan BN pada PRK Kuala Besut nanti kerana polar politik dan cara rakyat membuat keputusan antara Kelantan dan Terengganu tidak sama," kata Anggota Parlimen Ketereh itu.
 
Annuar berada di sini malam tadi untuk menyokong kempen calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan bertemu penduduk di sekitar Kampung Gong Nering.
 
Katanya, rakyat Kelantan yang berjiran dengan Besut dapat melihat prestasi Kerajaan Negeri Terengganu sebagai model yang berjaya sama ada dalam bidang ekonomi, pelancongan, prasarana dan pendidikan.
 
"Jadi tiada sebab rakyat Kuala Besut akan terikut-ikut hendak meniru Kelantan," katanya.  - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana