ADMIN SOKONG MAJLIS TAZKIRAH DIHARAMKAN SEMASA SOLAT TARAWIH.

- Umat Islam yang ingin menunaikan solat Tarawih 20 rakaat lebih berhak untuk menyempurnakan amalan tersebut daripada dipendekkan / diganggu oleh majlis tazkirah. Amalan Tarawih 20 rakaat secara berjemaah di masjid telah diperintahkan oleh Saidina Umar r.a. ketika beliau menjadi khalifah dan telah dipegang erat oleh seluruh ulamak2 ahli Sunnah Wal Jamaah termasuklah keempat-empat Imam Besar.

- Amalan tazkirah semasa solat Tarawih adalah benda baru. Ianya bukannya anjuran mana2 ulamak muktabar termasuklah keempat-empat Imam Besar.

- Amalan berpuasa di siang hari dan bertarawih di waktu malam sudah cukup untuk membersihkan jiwa kita. Tak perlu memandai-mandai menokok tambah dengan majlis tazkirah dan seumpamanya.

- Bulan Ramadhan yang berkat ini adalah masa yang paling sesuai untuk umat Islam menundukkan nafsu keegoan masing2 justeru merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam melangkaui batas2 politik. Majlis tazkirah pula sering diambil kesempatan oleh pihak2 tertentu untuk menyebarkan fahaman politik sempit yang memecahbelahkan umat Islam memandangkan ketika inilah kehadiran jemaah lebih ramai dari biasa. Oleh yang demikian, adalah lebih elok ditutup terus ruang yang berpotensi untuk menggagalkan tujuan berpuasa.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana