200 penyokong Pas Kuala Besut isytihar sokong Barisan Nasional

BESUT 21 Julai - Kira-kira 200 penyokong Pas dari sekitar Kuala Besut dekat sini mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka merupakan pemimpin serta anggota Jemaah Al-Ehsan Islamiah Malaysia gabungan Kuala Besut-Kelantan yang diketuai Zakaria Salleh, 58.

Kesemua mereka berjanji untuk memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Ab. Rahman, sekali gus memastikan BN mengekalkan kuasa bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rabu ini.

Sebahagian daripada mereka iaitu kira-kira 50 penyokong pembangkang itu tampil dengan pendirian menyokong BN di Dataran Kuala Besut malam tadi.

Yang hadir sama, Ketua Penerangan UMNO yang juga Pengerusi Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad berkata, sebelum mengisytiharkan keluar daripada pembangkang, kumpulan itu melalui ketuanya, Zakaria beberapa kali menghubungi beliau berhubung hasrat mereka memihak kepada BN.

Menurutnya, perubahan pendirian mereka itu amat dihargai dan perkembangan itu tentu sangat penting untuk memberikan kemenangan kepada calon BN pada PRK Kuala Besut nanti.

"Sebelum ini mereka tak kisah dengan politik BN dan UMNO tapi setelah melihat perjuangan tidak ke mana lalu mendorong mereka bersepakat menyokong BN.

"Malah, sebelum ini, mereka terutama Zakaria yakin pakatan pembangkang mampu menawan Putrajaya tapi kini tidak lagi dan mulai berubah untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri)," katanya.

Ahmad seterusnya percaya sokongan kumpulan terbabit yang beralih kepada BN akan mendorong kemenangan BN dengan kelebihan majoriti lebih besar.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, beliau mula beralih kepada BN setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar ibrahim.

Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Abdul Hadi melantik Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Pas bagi PRK Kuala Besut Pas yang disifatkannya sebagai terselit agenda peribadi Presiden Pas itu dan bukan kepentingan parti.

"Ini semua permainan Abdul Hadi melantik Husam sebab dia (Abdul Hadi takutkan Husam dan kami lihat Naib Presiden Pas sekarang bukan beliau yang dulu.

"Saya kenal sangat Husam sebab beliau adalah keluarga terdekat saya dan tinggal dekat rumah di Kelantan," katanya.

Zakaria yang secara rasmi pernah sekejap menyertai Pas pada Mei lalu berkata, beliau menolak Anwar kerana pemimpin PKR itu seorang pendendam dan gila kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana