120 penyokong Mursi terkorban

KAHERAH 27 Julai - Pasukan keselamatan Mesir menembak mati kira-kira 120 penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi yang berhimpun di sini, awal hari ini, sekali gus memburukkan lagi krisis politik di negara ini.

Stesen televisyen al-Jazeera melaporkan lebih 4,500 lagi cedera dalam kejadian tembakan terhadap penunjuk perasaan pro-Mursi di Masjid Rabaa al-Adawia di pinggir Kaherah.

Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Gehad El-Haddad berkata, tembakan berlaku sejurus sebelum solat Subuh ketika penunjuk perasaan pro-Mursi berhimpun di Masjid Rabaa al-Adawia sejak semalam.

"Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi untuk membunuh kerana kesan tembakan pada mangsa yang maut ialah di bahagian kepala dan dada," katanya, sambil menambah kata, angka korban mungkin lebih besar.

Menurut Haddad, polis mula melepaskan gas pemedih mata berulang kali pada pukul 3 pagi (9 pagi waktu Malaysia) ke arah penunjuk perasaan di Rabaa dan jalan besar ke Jambatan 6 Oktober.

"Ketika asap gas pemedih mata menyelubungi kawasan kejadian, tembakan mula dilepaskan oleh pasukan polis khas yang memakai seragam hitam, selain penembak tepat yang ditempatkan di atas bangunan sebuah universiti di kawasan Rabaa dan di jambatan," katanya.

Wartawan di tempat kejadian melaporkan bunyi tembakan masih kedengaran beberapa jam selepas kekecohan tercetus.

"Saya cuba membawa keluar golongan pemuda dari tempat kejadian selama lima jam, tetapi saya tidak berdaya kerana mereka enggan berundur dan sanggup berkorban.

"Ini adalah cubaan pertama untuk membersihkan Rabaa al-Adawia," kata seorang ahli politik Kanan Ikhwanul Muslimin, Saad el-Hosseini.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir berhubung insiden tembakan itu.

Beribu-ribu penyokong dan penentang Mursi telah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh Mesir sejak semalam. - REUTERS

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana