Zuraida tak setuju PKR boikot Dewan Rakyat...Tak Takut Dengan Bang Nuar Ker

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin tidak bersetuju dengan cadangan pemimpin Pakatan Rakyat untuk memulaukan majlis Angkat Sumpah Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 24 Jun ini.

Kata beliau, ahli Parlimen tidak wajar bertindak demikian kerana ia akan mengganggu mereka mengutarakan masalah rakyat dalam sesi sidang Parlimen.

"Kita patut hadir angkat sumpah. Baru boleh duduk dan hadir sesi (Dewan Rakyat).

"Kita perlu jadi bijak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Selain daripada itu, beliau yang juga ahli Parlimen Ampang berkata akan duduk berbincang dengan pihak Biro Politik PKR berhubung perkara ini hari ini.

"Saya akan bincang dengan Biro Politik hari ini, untuk hadir pada hari angkat sumpah.

"Kita (ahli Parlimen PR) patut hadir majlis angkat sumpah," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana