Zaid kecewa Anwar tak dapat terima keputusan PRU

SHAH ALAM: Bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim melahirkan rasa kekecewaannya dengan sikap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang menyaksikan Barisan Nasional terus berkuasa, pembangkang seharusnya mencari jalan secara aman bagi memastikan bagaimana kelemahan sistem pilihan raya dapat diperbaiki.

"Keengganan beliau (Anwar) untuk membincangkan cadangan khusus mengenai apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki Suruhanjaya Pilihan Raya sama ada oleh Parlimen atau kerajaan amat menggecewakan.

"Ini berbeza, dengan (sikap) Lim Kit Siang, yang banyak memberikan idea dan cadangan tentang bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya harus disusun semula. Baru-baru ini, keengganan Anwar untuk mengemukakan soalan kepada Parlimen, memberikan imej yang buruk kepada Pakatan Rakyat khususnya dirinya sebagai pemimpin pembangkang," katanya.

Menurut Zaid, negara memerlukan pemimpin yang berwibawa tidak kira daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan. Dengan pemimpin seumpama itu, kestabilan dan perpaduan mampu dicapai manakala fokus negara adalah melaksanakan polisi yang baik untuk semua.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, BN berjaya mendapat 133 kerusi parlimen manakala Pakatan Rakyat yang bercita-cita menawan Putrajaya hanya mampu menawan 89 kerusi.

Tidak puas hati dengan keputusan itu, pembangkang khususnya PKR melancarkan beberapa siri himpunan di seluruh negara.

Malah, hari ini, mereka juga mengumumkan akan memfailkan 25 petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Parlimen yang dipercayai berlakunya penipuan dan penyelewengan pada PRU13 lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana