Warga Myanmar Diberi Amaran Jangan Ancam Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR: Warga Myanmar yang bermastautin di Malaysia diberi amaran tidak mencetuskan ketegangan akibat fahaman politik di tanah air mereka sehingga mengancam keselamatan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, dalam tempoh lima hari sejak 30 Mei lepas, polis menerima tujuh laporan berhubung kespergaduhan, yang antaranya menyebabkan kematian melibatkan warga Myanmar.

"Kejadian tersebut dipercayai ada hubung kait dengan pergolakan kaum di Myanmar," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Sehubungan itu, beliau berkata polis mengadakan beberapa operasi sejak Ahadlepas bagi membendung serta mencegah kejadian bunuh warga Myanmar daripadaberulang.

Beberapa pergaduhan yang berlaku di Pasar Borong Selayang dan Kampung Baru Ampang sejak Sabtu lepas menyebabkan tiga lelaki warga Myanmar terbunuh. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana