Wanita hina YDPA dibebaskan, siasatan diteruskan

KUALA LUMPUR: Wanita berbangsa Cina berusia 32 tahun yang ditahan kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong melalui laman Facebook telah dibebaskan selepas polis merekodkan kenyataan.

"Siasatan masih berterusan," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Aziz Zakaria semalam.

ACP Aziz berkata, wanita itu dipercayai telah bersembunyi selepas identiti beliau didedahkan di internet berikutan mesej yang ditulis berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pihak polis berjaya mengesan wanita itu dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat menggesa siasatan dilakukan terhadap pemegang akaun Facebook bernama Melissa Gooi kerana menyiarkan kenyataan menghina Raja di laman Facebook beliau.

ACP Aziz juga berkata polis turut mengesan empat individu lain bersabit siasatan itu.

Mereka adalah Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana