Wahid, Waythamoorty azam bertugas sebaik mungkin

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berikrar memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

Beliau yang ditemui selepas majlis angkat sumpah sebagai Senator untuk Ahli Dewan Negara berkata, beberapa penambahbaikan yang difikirkan perlu akan dilakukan dalam melaksanakan tugasnya terhadap rakyat dan negara.

"Harapan saya dapat bertugas dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan saya dan mendapat sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan yang lain dan rakyat."

"Tugas pertama saya adalah untuk memahami sepenuhnya kehendak dan tanggungjawab kerja saya. Saya dah jumpa dengan PM dan dapatkan penerangan mengenai khidmat dan portfolio, rancangan EPU dan lain-lain untuk fahamkan beberapa perkara untuk penambahbaikan."

Sementara itu, pemimpin Hindraf, P. Waythamoorty menyifatkan perlantikannya sebagai penghormatan kepada perjuangannya terhadap kaum India di negara ini dan akan menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin.

"Perlantikan ini sebagai satu penghormatan kepada saya dan perjuangan kepada masyarakat India yang miskin di negara ini. Kami berjuang telah lama untuk membolehkan hak dan suara kami didengar. Jadi ini peluang yang baik, dan hari ini tercatat satu permulaan bagi masyarakat India kurang mampu dan peluang diberikan oleh PM untuk bersuara di Parlimen," katanya.

Abdul Wahid dan P. Waythamoorthy mengangkat sumpah sebagai Senator untuk Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Parlimen Malaysia jam 10 pagi tadi.

Kedua-dua mereka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong petang ini.

Dalam ucapannya, Abu Zahar mengingatkan ahli-ahli Parlimen yang telah dilantik memahami dan menghayati sumpah ikrar setia dan tidak melanggar perkara-perkara penting seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Abdul Wahid merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (UPE).

Manakala timbalannya, Waythamoorthy adalah seorang pemimpin tertinggi Hindraf yang lantang memperjuangkan hak-hak kaum India di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana