Uthayakumar Hentam Kaw Kaw....Anwar tak minat jaga kebajikan orang India

KUALA LUMPUR 2 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hanya berminat 'mengejar' undi kaum India berbanding memberi fokus kepada kebajikan mereka.

Perkara itu dinyatakan pemimpin Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Uthayakumar yang menegaskan, Anwar juga tidak berminat dalam menyelesaikan isu-isu melibatkan kaum India.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Anwar melabel Hindraf sebagai bersifat perkauman selepas pernah menyokong serta 'menunggang' perjuangan pertubuhan itu pada 2008.

"Anwar telah gagal memberi maklum balas kepada Hindraf walaupun pergerakan ini pernah beberapa kali mencuba untuk berhubung dengan beliau.

"Kita telah menulis beberapa pucuk surat kepadanya berhubung banyak isu melibatkan kaum India, tetapi beliau tidak pernah beri maklum balas," katanya seperti dipetik dalam portal The Mole, www.mole.my hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana