Undi Popular : Annuar Musa Selar Pendirian Ahli Parlimen PR

KUALA LUMPUR 27 Jun -  Tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang merujuk keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) berdasarkan undi popular bercanggah dengan sistem Pilihan Raya di negara ini.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang membangkitkan isu tersebut pada Sidang Dewan Rakyat pagi tadi berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah sah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi dengan kejayaan merampas kembali Negeri Kedah dari PR  pada PRU13.

"Kemenangan BN juga didorong kepercayaan rakyat terhadap kemampuan kerajaan BN yang berjaya melakukan tanggungjawab dari dulu lagi.

"Apabila Pakatan Rakyat tidak mampu memasuki PRU13 dengan satu simbol serta tidak mempunyai persefahaman dan tujuan Pakatan (Rakyat) pun hanya untuk menumbangkan BN, kami bertanding dengan satu simbol dan satu dasar yang jelas," katanya ketika membahaskan titah Ucapan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen di sini pagi tadi.

Beliau turut menyelar kenyataan yang dilontarkan beberapa Ahli Parlimen PR yang mendakwa BN mendapat undian minoriti berdasarkan jumlah undi popular 47 peratus pada PRU13 lalu.

Serangan Annuar Musa itu menyebabkan Dewan Rakyat menjadi gamat sehingga berlakunya perbahasan diselang seli dengan celahan beberapa wakil rakyat PR mempersoalkan rasional beliau membangkitkan isu undi popular.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana