Tugas kerajaan lawan perang persepsi - PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memberitahu bahawa kerajaan tidak perlu membuang masa melayani situasi yang disifatkannya sebagai politik melampau.

Menurut beliau, walaupun pelbagai cabaran yang dihadapi sejak lebih sebulan melalui pilihan raya umum Mei lalu, terutama daripada pembangkang, kerajaan perlu terus mengorak langkah ke hadapan bagi melaksanakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, disebabkan kecewa dengan kekalahan, kerajaan Barisan Nasional (BN) dijadikan sasaran dengan dilemparkan tuduhan keterlaluan sehingga menimbulkan 'perang persepsi' rakyat terhadap kerajaan pimpinannya.

"Kalau ada satu kelemahan yang dapat kita kesan hari ini ialah mungkin kita tak berapa cekap adalah menangani perang persepsi. Ini perlu kita perbaiki.

"Bukan realiti, tapi persepsi. Persepsi boleh dibentuk dengan pelbagai cara, bukan saja bertemu muka, tapi Facebook.

"Ini yang perlu kita beri perhatian. Mungkin kita kurang cekap hal ini, tapi kita boleh belajar dari segi pengalaman kita supaya pada masa akan datang kita akan lebih berjaya untuk memaparkan apa yang sebenarnya, bukan persepsi tapi realiti," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan bersama penjawat awam, di sini, pagi tadi.

Najib berkata, walaupun pelbagai tanggapan dan tuduhan dilemparkan oleh pihak yang tidak dapat menerima kekalahan, namun jelasnya PRU13 telah berlangsung mengikut lunas undang-undang, sehingga turut mendapat pengiktirafan negara luar.

Tambahnya, proses pemilihan tersebut juga adalah telus, dengan pelbagai penambahbaikan dilakukan selain mengambilkira beberapa cadangan yang dikemukakan pembangkang.

"Kita tidak mampu membuangkan masa untuk terlibat dalam proses yang saya sifatkan sebagai 'excessive politiking' kerana kita akan mengalih pandangan kepada usaha perkasa yang lebih serius.

"Lebih besar yakni untuk tunaikan amanah yang telah diberikan oleh rakyat untuk menentukan kesejahteraan rakyat dan negara kita ini membangun dengan pesat,"

Di samping itu, kata beliau, segala program transformasi kerajaan yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan malah diperkukuhkan, sebagai balasan kepada rakyat yang terus memberi kepercayaan kepada BN.

"Apa saja yang telah kita lakukan sebelum ini dalam agenda transformasi negara sama ada GTP, ETP, transformasi sosial dan sebagainya, ini semua kita akan rangkumkan sebagai landasan untuk kita bergerak ke hadapan dan proses itu mungkin perlu kita kukuhkan lagi, perlu kita tentukan keberkesanan," tambahnya.

Beliau dalam pada itu juga mengulangi nasihatnya agar rakyat negara ini menerima keputusan PRU13 dengan hati yang terbuka, lantaran proses pemilihan kerajaan pentadbir telah dilakukan melalui demokrasi.

"Jadi sebagai sebuah negara, marilah kita memperlihatkan bahawa kita menjadi pengamal demokrasi yang matang. Bukan saja kita akui kita menerima proses itu, tapi yang
penting, selepas proses itu selesai, kita tunjukkan bahawa kita ini penerima dan  pengamal demokrasi parlimen yang cukup matang," katanya lagi.

Dalam PRU 13 lalu, BN berjaya mendapat 133 kerusi parlimen, sekaligus mampu membentuk kerajaan dengan mudah sementara PR hanya memperoleh 89 kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana