Tuduhan Konflik UMNO Selangor : Ungku Salleh buat Laporan Polis.

KAJANG 15 Jun - Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal membuat laporan polis mengecam tindakan sebuah blog yang mengaitkan dirinya membuat kenyataan palsu berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) di Negeri tersebut.

Beliau berkata, tindakan pemilik blog ini goblog politik disifatkannya berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan kredebilitinya sekaligus mengaibkan pimpinan BN di peringkat Negeri.
"Saya tidak tahu daripada mana blog ini muncul dan ini pertama kali saya mendengar blog ini.

"Setelah saya selidik blog ini, saya ingin membuat pengakuan bahawa kenyataan di dalam blog (ini goblog politik) tersebut adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat menjatuhkan kredebeliti saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor." katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Beliau juga meminta agar pihak berkuasa mempercepatkan siasatan supaya dapat mengenalpasti pemilik blog tersebut bagi sebelum ianya mengheret pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang lain.

Tambahnya, ianya juga bertujuan melaga-lagakan kepimpinan BN sekaligus memberi gambaran negatif kepada ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana