Tubuh RCI: Taktik Selangor ubah sistem pilihan raya...Ada saja Cara Nak Merosakkan Nama Baik SPR

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa kerajaan negeri Selangor mempunyai muslihat jangka masa panjang untuk merubah sistem pilihan raya Malaysia.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan kerajaan negeri mahu menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat penipuan dan perlanggaran peraturan pilihan raya yang kononnya berlaku di negeri ini.

"Penubuhan suruhanjaya menyiasat ini saya rasa mungkin sebahagian muslihat jangka panjang untuk ubah sistem pilihan raya. Jadi mereka beri alasan konon SPR jalankan kerja menipu.

"Ini orang yang tak ada modal politik sengaja melakukan perkara nak memburukkan SPR dan sistem pilihan raya. Sebab agenda mereka kononnya untuk merubah sistem pilihan raya negara ini. Itu yang mereka lakukan. Ini adalah agenda lain dari pembangkang, agenda jauh," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Jelas Wan Ahmad lagi, pihak pembangkang tidak pernah berputus asa memfitnah SPR yang didakwanya tidak menjalankan tugas dengan baik semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu, hanya kerana tidak dapat menerima kemenangan Barisan Nasional (BN).

Antara fitnah tersebut adalah SPR gagal menyelesaikan masalah daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, bekalan elektrik terputus semasa proses pengiraan undi dan perlanggaran peraturan semasa hari mengundi selain mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

SPR, bagaimanapun menurut Wan Ahmad tidak akan melayan tuntutan terbaru daripada pembangkang, atas alasan SPR tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi kalau suruhanjaya yang mereka tubuh di peringkat negeri nak datang dan siasat SPR, kita tak tertakluk kepada suruhanjaya itu sebab kita tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Hanya suruhanjaya yang ditubuh oleh kerajaan di Parlimen yang tertakluk dan kita boleh beri kerjasama.

"Mereka sebenar tak ada agenda politik lagi untuk teruskan tuntutan supaya SPR letak jawatan, konon nak cari sebab SPR menipu. Apa sahaja mereka buat ini bermotifkan politik sehingga mengenepikan semangat perlembagaan. Perlembagaan dah nyatakan jelas, jika ada yang tak puas hati mengenai urusan pilihan raya berkaitan keputusan (melalui) saluran undang-undang," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau tidak nampak sebarang manfaat dari penubuhan suruhanjaya berkenaan memandangkan petisyen pilihan raya sudah dirujuk kepada undang-undang dan menyerahkan kepada peguam SPR untuk menyelesaikan bersama bukti-bukti yang sedia ada.

"Fail petisyen ke mahkamah, itu nasihat kita dari dulu. Jadi mereka sudah memfailkan petisyen ke mahkamah, ini perkara yang SPR nanti-nantikan supaya terdedah di sana siapa betul dan siapa salah. Ini caranya."

Hari ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyatakan pendirian bahawa penyelewengan di dalam proses pilihan raya baru-baru ini merupakan kesalahan serius yang mampu merosakkan demokrasi negara.

Ia akan diuruskan oleh Timbalan Speaker DUN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana