Tindakan Anwar heret YDP Agong tak wajar - ILMU

SHAH ALAM:  Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU), Dr Fadlan Othman menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang mendakwa Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN) apabila baginda meminta rakyat menerima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai tidak wajar.

Malah, Dr Fadlan berkata baginda tidak sepatutnya diheret ke dalam kancah politik kepartian baik oleh parti memerintah mahupun parti pembangkang.

"Saya rasa perkara ini satu kenyataan yang tidak baik dan tidak positif daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kerana dalam isu ini, kita dapati, bila kita perhatikan, Raja-Raja dan Sultan kita memang prihatin kepada keselamatan, kemakmuran rakyat Malaysia, Itu semua kenyataan dan titah daripada (YDP) Agong itu menggambarkan keprihatinan mereka. Saya rasa tak perlulah kita nak kaitkan baginda dengan politik." kata beliau kepada Antarapos.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebelum ini mendakwa teks ucapan yang dibacakan baginda pada ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun lalu disediakan oleh kerajaan BN.

Tindakan Anwar menyanggah nasihat Tuanku Abdul Halim sekali lagi menyerlahkan tekad Ketua Pembangkang itu untuk menolak keputusan PRU ke-13 setelah Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Tindakan Anwar mempertikaikan kewibawaan Tuanku Abdul Halim retetan terbaru dalam usaha mendesak rakyat menolak keputusan pilihanraya dan panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilantik oleh pihak istana.

Anwar mendakwa pimpinan SPR bersekongkol dengan BN bagi memastikan kemenangan untuk kerajaan pada pemilihan 5 Mei lalu.

Mengulas lanjut Dr Fadlan berkata Anwar dan Pakatan Rakyat sewajarnya tidak membangkitkan perkara itu kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada 5 Mei lalu telah diwartakan.

Sebaliknya beliau menasihatkan semua pemimpin parti pembangkang yang dipilih pada pilihan raya lalu supaya bekerja dan memberi tumpuan kepada rakyat kerana pilihan raya sudah berakhir.

Katanya jika pemimpin masih leka bercakap di pentas politik, program pembangunan dan kebajikan rakyat yang dirancang tidak akan terlaksana.

"Tidak perlu nak dibangkitkan, tiada isu pun. mungkin itulah, ini tipu helah politik yang tidak bertempat. Kalau sebelum PRU, menggunakan isu ini untuk berkempen ke apa, kita boleh terimalah. Benda yang dah sudah tu, (tidak perlu dibangkitkan) buat kerja lah sekarang ni," katanya.

Tuanku Abdul Halim sebelum ini mengingatkan semua pihak untuk tidak menanam kesangsian serta merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan falsafah persekutuan yang selama ini menjadi dasar penting kejayaan negara.

“Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” titah baginda.

“Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan,” tegas baginda dalam titahnya yang kini dipertikaikan oleh Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana