Tiada Lagi Amaran Untuk Pelaku Jenayah Siber

PULAU PINANG : Polis tidak akan lagi  memberikan amaran kepada mana-mana pihak  yang didapati melakukan kesalahan jenayah  seperti hasutan melalui alam siber selepas ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd.  Bakri Zinin berkata, perkara itu memandangkan  telah banyak amaran yang dikeluarkan sebelum ini  dan polis akan terus mengambil tindakan  sewajarnya sekiranya terbukti pihak terbabit  melanggari akta dan perundangan negara.

Tegasnya, polis akan terus melakukan siasatan  sekiranya wujudnya bukti berkaitan unsur jenayah  atau hasutan daripada pengguna siber.

“Kita telah tunjukkan tindakan tegas diambil  sebelum ini dan prosedur ini akan diteruskan.

“Tidak perlu lagi kita huraikan apa yang perlu  dilakukan selepas ini kepada mereka yang  melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan  anak lelaki Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul  Rahim Hanafi, di sini hari ini.

Mohd. Bakri dalam pada itu menambah, sebelum  mengambil sebarang tindakan, siasatan  menyeluruh akan dilakukan terlebih dahulu.

“Apa yang penting kita akan melihat dari segi  perundangan dan pelbagai sudut siasatan.

“Kalau jelas mereka melakukan kesalahan, kita  akan ambil tindakan mengikut undang-undang,”  ujarnya.

Selain itu mengulas mengenai perkembangan  penubuhan jawatankuasa bertindak bagi  mengendalikan kes kematian di dalam lokap, tegas  beliau, jawatankuasa itu telah pun ditubuhkan dan  dipengerusikan sendiri oleh Ketua Polis Negara.

“Kita akan lihat semula semua Prosedur Operasi  Standard (SOP) yang ada untuk tujuan  penambahbaikan dan agar SOP yang ada sesuai  dengan peredaran masa.

“Kita juga akan memperketatkan perlaksanaan  tugas serta tanggungjawab berkaitan lokap,”  katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana