Terkini...Pandikar Kekal Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia dimasyhurkan buat kali kedua sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

Pelantikan Pandikar Amin, 58 dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Pandikar Amin menang dalam pertandingan memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan mendapat undi majoriti 133 undi.

Pandikar Amin menewaskan calon yang dicadangkan pembangkang iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.

Pencalonan Abdul Kadir dicadangkan Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) dan disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana