Tampil Segera Bantu Siasatan – SKMM

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya  Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  meminta orang ramai yang mempunyai maklumat  mengenai Red Bean Army agar tampil memberi  maklumat segera bagi membantu siasatan.

Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie  Abd. Rahman berkata, sehingga kini siasatan  masih dijalankan dan pihaknya tidak akan  teragak-agak untuk mengambil tindakan  berdasarkan undang-undang diperuntukkan.

“Orang ramai diminta memajukan apa jua  maklumat berkaitan perkara ini kepada pihak kami  dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu  siasatan.

“Elakkan daripada menyebarkan spekulasi di  laman sosial yang boleh menjejaskan siasatan,”  katanya.

Semalam, Presiden Gerakan Memartabat  Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria  berkata, fitnah dan hasutan berterusan  disebarkan oleh Red Bean Army menerusi laman  sosial seperti Facebook, Twitter dan blog boleh  menimbulkan ketegangan dalam kalangan  rakyat.

Katanya, kegiatan tentera siber pembangkang itu  mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara  dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang  menafikan beliau mengetahui tentang Red Bean  Army walaupun pendedahan kewujudannya dibuat  oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda  Kebangsaan DAP sendiri, Shen Yee Aun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana