Tak salah tegur titah Agong - Majlis Peguam...Inilah Dikatakan Bangangnya Majlis Peguam Ni

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyifatkan tindakan pengguna laman Facebook kontroversi Melissa Gooi menegur titah Yang di-Pertuan Agong sebagai tidak salah di sisi undang-undang.

Beliau berkata tindakan wanita berkenaan menyuarakan rasa kurang senang terhadap titah berkenaan sebagai meraikan kebebasan bersuara.

Namun hanya disebabkan teguran berbunyi kurang sopan, maka ia dikaitkan dengan alasan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong, kata Leong.

Peguam itu berkata tiada keperluan bagi kerajaan untuk menggubal undang-undang baru hanya untuk menghukum individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kadang-kadang apabila seseorang mengkritik atau cuba menegur kesalahan pemerintah atau Institusi Diraja, mereka mungkin menyatakannya dalam keadaan biadap atau tidak sopan.

"Tiada orang boleh menerima teguran yang biadap. Tetapi, kita tidak perlu menggubal undang-undang hanya untuk menghukum individu yang berkelakuan biadap," katanya kepada Antarapos selepas menghadiri seminar anjuran Majlis Peguam di sini, hari ini.

Leong mengulas cadangan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah supaya digubal Akta Derhaka untuk mempertahankan institusi diraja daripada dipersenda oleh rakyat.

Noor berkata setakat ini kerajaan mempunyai undang-undang yang termaktub di bawah Akta Hasutan 1948, namun ia tidak spesifik.

Menurut Leong lagi, perkara yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan telah mencukupi lantaran terdapat beberapa fasal yang menyebut tentang kesalahan menderhaka merujuk kepada Akta Hasutan.

"Tidak perlu Akta Derhaka. Kita telah mempunyai bahagian dalam perlembagaan yang menyebut tentang kesalahan menderhaka kepada institusi diraja. Ia berkait dengan akta menghasut.

"Namun terdapat bahagian yang menyebut kita boleh menegur kesalahan dan kenyataan yang dibuat oleh pemerintah.

"Ia boleh diterima dan disebut dengan spesifik dalam Akta Menghasut," tambah beliau lagi.

Melissa ditahan dalam serbuan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) ekoran mempersendakan titah Yang di-Pertuan Agong melalui mesejnya di laman Facebook.

Sebelum ini, Gooi dan rakan-rakannya dikatakan menulis kata-kata menghina titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mengulas lanjut Leong berkata Akta Menghasut 1948 mencukupi bagi mendakwa individu yang menghina institusi diraja.

Menegur titah Tuanku boleh dibuat dgn tertib dan sopan, bukan mempersendakannya. Ttp budak derhaka ni mmng kurang matang tegurannya..lebih tepat bahasa yg patut d ungkapkan ialah biadap dan kurang ajar...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana