Tak perlu layan desakan pembangkang: Nazri

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, desakan pimpinan Pakatan Rakyat agar ahli jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan dalam siri himpunan ‘Blackout 505′ adalah satu tindakan yang tidak perlu dilayan.

Nazri berkata, desakan itu dianggap beliau sebagai satu tindakan kurang bijak kerana mereka mengiktiraf kemenangan Pakatan Rakyat tetapi tidak kepada kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Kita jemaah menteri tidak terima dan tidak tunduk kepada ugutan daripada pembangkang supaya seluruh ahli SPR meletak jawatan,” katanya.

Jelas Nazri lagi, desakan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak masuk akal kerana kebanyakan exco negeri pembangkang telah mengangkat sumpah hasil dari PRU-13 yang lalu, dan pembangkang mengiktirafnya.

“Di Selangor dah angkat sumpah hasil daripada pengundian. Yang dia menang sah, yang dia kalah di Parlimen tak sah, saya berharap orang yang tengok blog semua jangan percaya kepada kebodohan ini,” katanya.

Pakatan pembangkang merancang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 22 Jun ini di Padang Merbok walaupun gagal mendapatkan kebenaran pemilik premis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana