Tak Habis Habis Nak Salahkan Orang Lain...Alahai Nik Aziz Ni...Halang royalti minyak juga hina Sultan

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan membelakangkan titah sultan untuk mengembalikan royalti minyak wajar dituduh menghina institusi diraja.

Beliau berkata Sultan Kelantan pernah bertitah di dewan negeri agar mengembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.

"Namun malangnya pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah sultan.

"Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja," tulisnya dalam Facebook hari ini.

Beliau mengambil contoh tindakan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.

Kenyataan itu menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana