'Syahid' Husam: Ulama PAS enggan ulas

KUALA LUMPUR: Golongan ulama PAS enggan memberikan komen berhubung kenyataan naib presidennya Datuk Husam Musa yang beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 sebagai mati syahid.

Ketika dihubungi Antarapos, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib enggan memberikan komen sehingga membaca kenyataan penuh yang disiarkan organ rasmi parti itu, Harakahdaily.

"Saya tak mahu komen lagi, saya nak baca dulu.

"Tidak sekarang (memberi komen), kemudian (selepas baca kenyataan penuh Husam)," jawab pemimpin veteran ini.

Husam dalam kenyataan di Harakahdaily, semalam berkata peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 dianggap sebagai mati syahid.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...

"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya.

Husam yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor turut menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS agar turun ke Kuala Lumpur pada 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana