SPR Digesa Jangan Layan Desakan Badut Politik Pembangkang

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kepimpinan Pakatan Pembangkang terus dibidas berhubung desakan mereka agar pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan atas tuduhan kegagalan melaksanakan pilihanraya dengan telus dan adil.



Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, kepimpinan pembangkang perlu menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya  meletakkan jawatan.

“Mereka bising-bising suruh Tan Sri Aziz letak jawatan kerana mereka dakwa berlakunya penyelewengan ketika pilihanraya, sedangkan tidak ada langsung  bukti yang mereka kemukakan,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu kata beliau lagi, jika kepimpinan Pakatan Pembangkang mahu Tan Sri Aziz meletakkan jawatan, mereka  juga perlu meletakkan kesemua jawatan yang mereka pegang di negeri-negeri yang mereka menangi.

“Kita cabar mereka juga perlu meletakkan jawatan yang mereka pegang di negeri-negeri yang dimenangi oleh mereka. Itu baru adil.

“Malah kita cabar mereka meletakkan jawatan di dalam parti mereka kerana berlakunya banyak penyelewengan, nepotisme, kronisme dan unsur-unsur rasuah sepertimana yang berlaku di dalam pemilihan CEC DAP baru-baru ini.

“Mereka ini menuduh orang lain untuk menyembunyikan salah silap  mereka. Bila mereka silap, cepat-cepat kesilapan itu diletakkan di atas bahu kerajaan BN dan UMNO,” tegasnya.

Jelasnya lagi, amat malang di negara ini mempunyai pembangkang yang bukan saja tidak mampu memberikan idea dan pendekatan untuk kebaikan negara, malah sanggup bertindak memfitnah, membuat tohmahan serta menghasut rakyat menghuru harakan negara semata-mata kerana ingin berkuasa.

“Kita tengok pembangkang di Malaysia seolah-olah malaikat. Tidak ada salah dan silap. Semua yang mereka buat itu betul dan benar belaka. Apa yang orang lain buat, terutama kerajaan semuanya tidak kena dan membazir belaka.

“Inilah sikap pembangkang yang tidak profesional dan tidak mahu berpijak di alam yang nyata. Mereka gunakan nama rakyat, kononnya semua rakyat di negara ini menyokong apa yang mereka buat, sedangkan hakikatnya tidak begitu.

“Bila kalah pilihanraya, mereka tak dapat terima. Buat himpunan haram di sana sini memburukkan kerajaan,melemparkan fitnah dan tohamahan terhadap SPR.

“ Mereka tak dapat nak terima hakikat, bahawa majoriti rakyat tidak yakin mereka mampu untuk memerintah negara. Bagi saya, Tan Sri Aziz tak usah layan desakan yang datang dari clown dan bozo politik seperti mereka ini,” tegasnya. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana