Shabery Cheek : Anwar Jangan Gelojoh Rampas Kuala Besut

PETALING JAYA 27 Jun - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan untuk tidak terlalu gelojoh untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N1 Kuala Besut, Terengganu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shaberry Cheek berkata, tindakan Anwar itu menyerlahkan lagi sikap politik sebenar pembangkang yang tidak sensitif terhadap keluarga Arwah yang ingin 'menerkam' kerusi berkenaan.

"Perlu menghormati keluarga allahyarham Dr A Rahman Mokhtar yang baru meninggal dunia."

"Ini sikap orang politik, bila orang bersedih dia (pembangkang) seolah-olahnya gembira, bagi Anwar terus menunjukan rasa tamaknya dan kegelojohannya untuk menerkam satu kerusi yang ada disitu." katanya selepas pelancaran Consumerisation of Cloud di Bandar Utama hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Shabery menjelaskan beliau turut yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi tersebut memandangkan parti itu telah memenangi kerusi itu dengan selesa sebelum ini.

"Tiada sebab BN akan kalah kerana kita melihat kerusi tersebut sebagai kerusi yang penting dan akan mendapatkannya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana