Selepas ekonomi... DAP mahu orang Cina kuasai politik - Dr Mahathir

Idea 'kongsi' kuasa yang selama ini menjadi teras kejayaan Malaysia ditolak majoriti masyarakat Cina Malaysia dalam PRU 13 lalu kerana DAP mengajar orang Cina supaya menguasai politik selepas berjaya menguasai ekonomi negara.

Dalam satu tulis di blognya, Dr Mahathir berkata, jika hari ini masalah perkauman semakin tajam ia kerana DAP menolak idea 'kongsi' itu.

Beliau meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik.

Menurut Dr Mahathir, persoalan polarisasi kaum kini lebih sering diperkatakan dari sebelum ini.

“DAP memainkan sentimen kaum untuk menarik sokongan Cina dari BN dengan menggambarkan MCA sebagai budak suruhan UMNO."

“Jika hari ini perpecahan antara kaum semakin mendalam, ia adalah disebabkan DAP… Polarisasi kaum telah menjadi lebih ketara akibat daripada itu. Ia akan menjadi lebih buruk pada masa hadapan,” ujarnya.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengatakan pilihan raya umum 5 Mei  menunjukkan “kualiti calon atau parti, ideologi dan keinginan untuk berubah selalunya kedua selepas kaum.”

Menurutnya “pelampau Cina” dalam DAP memulakan kebencian kaum terhadap Melayu melalui slogan “Malaysian Malaysia” dengan menggambarkan bukan Melayu menderita kerana diskriminasi dan dianggap sebagai rakyat kelas kedua.

“Setiap kali polisi kerajaan seperti DEB dipertahankan, orang yang mempertahankannya sama ada dalam kerajaan atau NGO akan dilabel rasis,” katanya.

Mengulas mengenai demonstrasi 'blackout505' yang dianjurkan pembangkang di seluruh negara, kata Dr Mahathir sebahagian besar daripada peserta siri perhimpunan yang diadakan di seluruh negara selepas PRU terdiri daripada golongan Cina.

Jelasnya perhimpunan berkenaan secara umumnya merupakan isu melibatkan orang Cina.

“Di dalam dan di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk sebahagian besar daripada peserta demonstrasi. Biasanya, orang Melayu yang menjadi majoriti peserta demonstrasi,” katanya.

Katanya, jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan “keterasingan” pemimpin PAS dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara “Arap Spring”.

Beliau juga mendakwa PAS paling banyak tewas dalam pilihan raya umum lalu manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaah “memusnahkan kerjasama di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam gabungan BN”.

“Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala PAS, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari PKR,” katanya.

Sedangkan, jumlah kerusi yang ditandingi PAS paling banyak.

"Ini menunjukkan bahawa DAP berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang “sudahpun menguasai ekonomi” untuk turut menguasai politik Malaysia," tulisnya di blog chedet.cc.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana