Selepas blackout 505, petisyen... apa lagi pembangkang mahu?

Sekurang-kurangnya 56 petisyen difailkan BN dan pembangkang selepas tempoh berbuat demikian tamat pada Rabu.Sebanyak 21 petisyen dikemukakan BN manakala bakinya 35 lagi babitkan parti-parti pembangkang sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tiada pemilihan ahli parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh dipertikaikan kecuali  dengan  petisyen ke Mahkamah Tinggi.

Pada pilihanraya umum 1999, sebanyak 40 petisyen difailkan manakala pada 2004 (3) dan 2008 sebanyak 29 petisyen.Dengan jumlah 56 petisyen selepas PRU 13, angka itu paling tinggi pernah difailkan.Pembangkang diwakili DAP, PKR dan PAS tentu amat berharap sekurang-kurangnya 27 petisyen di peringkat Parlimen dapat menaikkan semangat mereka untuk menguasai Putrajaya.Jika mereka menang 23 petisyen bermakna bilangan kerusi pembangkang bertambah daripada 89 kepada 112  cukup untuk majoriti mudah mengambil alih kerajaan daripada BN.

Pembangkang juga memfailkan jumlah petisyen bagi DUN Perak dan Kedah dengan harapan menang dan merampas semula dua negeri itu yang dimenangi BN.Namun, impian pembangkang bukan semudah disangka kerana tidak semua petisyen yang difailkan akan dibicarakan di mahkamah.Menurut Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, setiap petisyen hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh dikemukakan.Apapun, jika kes di bicarakan dan ada pihak tidak puashati dengan keputusan, rayuan boleh dikemukakan di mahkamah Persekutuan yang akan memuktamadkan keputusan.

Bagi pembangkang yang berharap petisyen ini boleh membuka jalan ke Putrajaya, eloklah mereka lupakan sahaja.Pada 2008, daripada 29 petisyen hanya satu dibawa ke mahkamah manakala yang lain ditolak mahkamah selain diselesaikan di luar mahkamah.Daripada 35 petisyen difailkan pembangkang, tidak mustahil semua akan ditolak atau hanya beberapa sahaja akan diterima mahkamah.Justeru itu, peluang pembangkang mahu menggunakan petisyen sebagai cara mudah menuju Putrajaya selepas gagal pada PRU 13, tentu tidak kesampaian.

Bagaimanapun, pembangkang ada alternatif lain jika mereka masih mahu menjayakan impian menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Hanya tiga cara membolehkan pilihanraya kecil diadakan iaitu perintah mahkamah, kematian dan wakil rakyat melepaskan jawatan.Apa kata semua wakil rakyat pembangkang melepaskan jawatan supaya boleh diadakan pilihanraya semula.Lagipun, itu lebih elok berbanding gesaan supaya Pengerusi dan timbalan pengerusi SPR melepaskan jawatan.Kebiasaannya, jika di pejabat, kalau sesaorang itu tidak suka pada majikan atau boss, mereka yang letak jawatan sebagai tanda protes atau tidak puashati.

Dalam situasi membangkang sekarang, mereka memang tidak puashati dengan SPR, maka eloklah mereka letak jawatan.Cadangan bodoh ini tentunya ditolak pembangkang kerana mana-mana wakil rakyat yang sengaja meletak jawatan akan hilang kelayakan bertanding untuk tempoh lima tahun.Satu lagi pilihan lain, ambil kira cadangan Anwar supaya wakil rakyat PKR boikot majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen pada 24 Jun, eloklah mereka teruskan niat itu.Mereka tidak perlu angkat sumpah hingga tamat tempoh enam bulan dan selepas itu Speaker boleh maklumkan kepada SPR mengenai ketidakhadiran wakil-wakil rakyat terbabit bagi membolehkan pilihanraya semula.

Cadangan ini tentu lebih relevan berbanding.Jika semua cadangan di atas pembangkang tidak berani buat, elok-eloklah mereka hentikan sandiwara politik dengan jadikan SPR sebagai ‘kambing hitam’.Cukup-cukuplah berpolitik kerana 89 kawasan parlimen perlukan wakil rakyat untuk memberikan khidmat kepada rakyat yang mengundi mereka pada 5 Mei lalu.Meminjam kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini digelar ‘Gabenor Parlimen’,: “ Mereka ini (wakil rakyat) sudah diberikan amanah apabila rakyat mengundi dan memilih mereka dan antara sifat orang munafik adalah tidak menunaikan amanah.

Sudah tiba masanya wakil rakyat pembangkang tunaikan tugas masing-masing bukannya terus berkokok salahkan SPR dan riuh rendah di himpunan 505. Renung-renungkanlah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana