Selar pemimpin Pas: Haron Din mahukan penjelasan Husam

KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din (gambar) mahu mendapatkan penjelasan Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang Husam menyelar para pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan anjuran pembangkang bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu.

Oleh itu, Haron menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat sebelum memberikan reaksi terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.

Dalam masa sama, beliau meminta ahli Pas supaya mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa ahli parti tersebut menyertai perhimpunan sebegitu yang dianggap sebagai pendirian tidak rasmi parti.

"Itu suatu agenda parti yang selama ini diamalkan iaitu kita patut mendengar kenyataan Presiden atau Ketua Penerangan atau sesiapa yang dilantik parti jadi bila Presiden kata begitu, saya berpegang dengan itu dan bukannya pemimpin lain (Husam).

"Saya sendiri pula dari dahulu tidak sertai perhimpunan atas sebab kemampuan dan kesihatan. Jantung saya bukan sihat sangat, dari dahulu tidak kerana kesihatan saya tidak mengizinkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas percanggahan kenyataan Abdul Hadi semalam yang tidak memaksa ahli Pas menyertai perhimpunan sebegitu sedangkan Husam sebelum ini mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokongnya sebagai pengkhianat parti yang lupa asal-usul.

Dalam satu perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan minggu lalu, Husam turut mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong perhimpunan itu sebagai menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan serta mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Haron menambah, dari segi prinsip, Islam tidak melarang umatnya daripada menyertai sebarang perhimpunan selagi ia tidak mengundang padah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana