Selangor perlu akur keputusan PRU13...PR Ni Tak Habis Habis Nak Berpolitik...Bangang Betul Lah

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsuddin Lias menyifatkan tiada keperluan bagi kerajaan negeri Selangor menubuhkan Suruhanjaya diRaja (RCI) bagi menyiasat proses pilihan raya yang berlaku pada 5 Mei lalu.

Katanya Pakatan Rakyat (Pakatan) perlu menerima hakikat bahawa pilihanraya telah berakhir dan sistem pilihanraya telah dijalankan dengan telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sepatutnya kita kena terima hakikat apabila kita telah mengikut sistem pilihanraya yang ada di bawah sistem demokrasi yang ada.

"Kena akur dengan keputusannya. Kita ada Perlembagaan, undang-undang di negara yang memberi ruang yang secukupnya," beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri akan membentuk satu suruhanjaya untuk menyiasat penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya yang didakwa berlaku dalam PRU-13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana