SEKADAR PERINGATAN BUAT USTAZAH PENING!!!

PILIHAN Raya Umum Ke-13 (PRU-13)pada 5 Mei lalu menyaksikan banyak perubahan landskap dalam industri politik negara. Keputusan rakyat menunjukkan trend polarisasi pengundi begitu membimbangkan kerajaan.Ada di antara ahli politik dalam sesebuah parti sanggup bertanding calon Bebas kerana sudah mempunyai hala tuju tersendiri.Dan yang menarik pada PRU-13 ini apabila melihat tiga selebriti Malaysia iaitu Herman Tino yang bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Tanjung Karang, Dayangku Intan (PKR - Parlimen Penggerang, Johor) dan Aishah (PAS – Parlimen Jempol, Negeri Sembilan).Namun, keterlibatan artis dalam politik khasnya PRU-13 kini membenarkan cakap-cakap mengatakan bahawa golongan artis ini hanya cukuplah sekadar menjadi penyanyi dan menghiburkan, bukan berjuang di pentas politik.Itulah keputusan PRU-13 apabila menyaksikan ketiga-tiga artis yang bertanding di kerusi Parlimen ini gagal memenangi hati pengundi di kawasan masing-masing.Di Parlimen Jempol menyaksikan Aishah tewas dengan memperoleh 22,495 undi kepada Tan Sri Isa Samad yang menang 31,109 undi.Sementara di Parlimen Pengerang, Dayangku Intan memperoleh undi sebanyak 4,484 tewas kepada Datuk Seri Azalina Othman Said dengan 26,992.Manakala Herman Tino yang bertanding tiga penjuru Parlimen Tanjung Karang hanya memperoleh 340 undi yang juga tewas kepada calon BN, Datuk Seri Noh Omar. Noh menang 20,548 dan Mohamad Rashid Deraman (PAS) dengan 16,154 undi.Ini jelas menunjukkan masyarakat masih menolak penglibatan golongan artis dalam gelanggang politik apa lagi untuk mentadbir kawasan mahupun negara.

Si Ustazah Pening tu kena ingat. Nak jadi ahli Politik ni bukan sekadar tunjuk muka dalam Himpunan dan syok sendiri maki hamun orang dalam laman twitter je!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana