SAMM sahkan mahu 'occupy' Parlimen...Kan Bangangnya Tindakan Seperti ini

SHAH ALAM: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan berkhemah di Padang Merbok selama dua malam sebaik selesai Himpunan Blackout 505 Sabtu ini.

Pengesahan itu secara tidak langsung mengesahkan laporan Antarapos bahawa tujuan sebenar peserta himpunan adalah untuk berarak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat.

SAMM dalam kenyataannya hari ini berkata setiap orang “mesti bersedia secara mental dan fizikal” untuk meneruskan protes aman sehingga 24 Jun.

Kenyataan SAMM ini mengesahkan sumber Antarapos awal hari ini bahawa NGO berkenaan, termasuk gerakan mahasiswa, berhasrat menunjuk perasaan kepada ahli-ahli Parlimen baru yang akan mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, tidak jauh dari Padang Merbok, pada pagi Isnin.

“SAMM telah menyediakan 150 buah khemah untuk kemudahan, dan kita menggalakkan peserta membawa alas tidur sebagai persediaan untuk bermalam di sana,” kata pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Menurut SAMM, satu taklimat terakhir akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSAH) pada jam 8.30 malam esok, di mana NGO dan pemimpin parti-parti politik akan menggariskan perancangan muktahir bagi himpunan Sabtu ini.

“Kami menggesa semua pihak supaya jangan bimbang kerana himpunan raksasa ini bukan bertujuan menggulingkan kerajaan. Ia hanya untuk mendesak pegawai-pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya meletakkan jawatan dan dihadapkan ke pengadilan,” kata Chegu Bard.

“Jika rejim (pemerintah) terlalu lemah sehingga ia tumbang dengan sendirinya, itu bukan salah kami,” katanya.

SAMM ialah salah satu penyelaras pergerakan Suara Rakyat 505, sebuah pergerakan sivil yang memprotes dakwaan penipuan pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana