SAMM nekad terus berhimpun, dirikan khemah..Ini Semua tiada Otak Dan Akal Kalah Tu Buatlah Cara Kalah

 KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil keputusan untuk terus berhimpun di Padang Merbok di sini sebelum peserta himpunan itu bergerak ke bangunan Parlimen esok.

Malah, beberapa aktivis SMM telah mendirikan beberapa buah khemah di bahagian tengah Padang Merbok sebagai tanda protes mereka sekaligus mendesak ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat memboikot majlis angkat sumpah esok.

Turut difahamkan keengganan perserta himpun untuk terus bersurai juga didakwa bertujuan untuk mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat sekali gus mempamerkan kuasa rakyat dengan agenda utamanya memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

Menurut salah seorang aktivis terbabit, Ekhsan Bukharee ketika ditemui Antarapos, sehingga kini sebanyak 180 buah khemah akan dipasang untuk peserta himpunan yang majoritinya dari kalangan mahasiswa.

"Kita akan pasang khemah di sini (padang merbok) dan kita akan tidur di sini sehingga 24 Jun sebagai simbolik untuk meminta Pakatan Rakyat boikot angkat sumpah.

"Mereka boikot angkat sumpah rakyat akan tetap bersama mereka. Kita minta dan merayu supaya mereka tidak angkat sumpah.

"Pilihan raya kali ini menunjukkan penipuan. Ini bukan soal berapa banyak menang,  ini hak rakyat kami berkuasa dan ini tuntutan kami.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana