Rasis Dan Cauvinis Sudah Jadi Darah Daging Perjuangan DAP

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din,  membidas kepimpinan DAP yang mendakwa bahawa parti tersebut mengamalkan demokrasi, kebebasan dan ketelusan dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sesuatu yang memalukan parti itu sendiri.

Menurut beliau, biarpun kepimpinan DAP cuba menyakinkan rakyat bahawa parti tersebut terbuka  dan cuba membentuk persepsi rakyat dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti rasis, namun hakikatnya rakyat di negara ini tidak buta untuk melihat sikap rasis, tidak telus dan bersikap tidak adil yang diamalkan oleh kepimpinan DAP hari ini.

“Di mana kebebasan dan keadilannya apabila DAP sendiri menghalang akhbar tertentu daripada menghadiri program mereka dan amat takut dikritik?“Di mana pula keadilan di dalam DAP apabila peniaga-peniaga kecil di Pulau Pinang ditindas dan dinafikan hak mereka? Adilkah DAP apabila lebih menumpukan kepada pembangunan hartanah mewah dan melupakan rakyat miskin di Pulau Pinang?

“Di mana demokrasi di dalam DAP yang dilaung-laungkan oleh pemimpin mereka apabila pemilihan CEC parti mereka sendiri  penuh dengan penyelewengan?,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, jika benar UMNO sebuah parti yang  bersikap rasis, sudah pastinya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO tidak akan menjaga kepentingan semua rakyat di negara ini sebaliknya hanya akan menjaga kepentingan bangsa Melayu saja.

“Biarpun UMNO sebuah parti berteraskan bangsa, namun presiden UMNO adalah Perdana Menteri Malaysia dan jelas beliau mewakili semua kaum di negara ini. Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak dan bersikap rasis terhadap mana-mana kaum.

“Kita berusaha untuk berlaku adil terhadap semua kaum dan agama. UMNO hanya akan bersikap rasis terhadap parti yang rasis dan cauvinis seperti DAP yang tidak tahu menghormati undang-undang dan perlembagaan negara, serta bercakap ikut sedap tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain,” jelasnya.

Justeru itu, beliau menasihati kepimpinan DAP agar memperbetulkan diri dan parti mereka terlebih dahulu, sebelum menuduh orang lain tidak adil, tidak telus dan tidak mengamalkan prinsip demokrasi yang sebenar.

“Saya yakin, rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu tidak mudah tertipu dengan permainan DAP yang konon-kononnya parti untuk semua kaum. Kita tidak dapat  menerima prinsip DAP yang jelas nampak bersikap rasis dan suka mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan Islam yang sudah termaktub di dalam perlembagaan.

“DAP berusaha untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu. Inilah sikap rasis dan cauvinis DAP yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada negara selain akan timbulnya perselisihan faham dan pergeseran antara kaum. Inilah sebenarnya sikap rasis dan cauvinis DAP yang cuba diselindungkan mereka,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana