Pura-pura sokong BN...Siapa Makan Cili Dia Rasa Pedas

Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron, membidas sikap pihak tertentu di negeri itu yang berpura-pura menyokong Barisan Nasional (BN) hanya kerana mahu mendapatkan sesuatu.

Bagaimanapun, katanya, apabila tenaga dan sokongan mereka diperlukan pada pilihan raya, mereka ‘ghaib’.

Lebih mengejutkan, katanya, mereka memberi sokongan kepada pembangkang sehingga ada calon BN kalah atau mendapat majoriti rendah seperti berlaku dalam pilihan raya umum lalu.

“Sebelum pilihan raya, mereka dengan tegas akan pastikan kemenangan BN, tetapi apabila tiba waktunya (mengundi), mereka hilang entah ke mana. Di mana janji mereka yang kononnya mahu memberi sokongan kepada BN?

“Mereka nak JP (tauliah Jaksa Pendamai) kita beri, nak Datuk (Darjah Kebesaran Negeri) kita beri, tetapi bila kita mahu pertolongan, mereka menghilangkan diri. Tergamak mereka buat kita macam itu yang selama ini banyak memberi pertolongan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Jamuan Rakyat BN bertemakan ‘Terima Kasih PRU-13’ di Stadium Jasin Melaka, malam kelmarin.

Pada majlis itu, Idris turut menyampaikan hadiah kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) terbaik yang mencatatkan jumlah undi tertinggi kepada calon BN.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah; Ahli Parlimen Jasin merangkap Pengerusi BN Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah; Setiausaha BN Jasin, Datuk Ghazale Muhamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abd Rahman.

Pilihan raya umum menyaksikan kekurangan majoriti undi di beberapa kerusi D ewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Melaka, selain kekalahan mengejut bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil.

Dalam pada itu, Idris mengisytiharkan kempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah bermula dengan semua jentera parti diminta menggiatkan usaha menambah pengundi berkualiti, membabitkan semua PDM dan cawangan UMNO.

Beliau juga mahu semua PDM mencari sekurang-kurangnya lima pengundi baru berkualiti setiap bulan sebagai persediaan awal menghadapi PRU-14 kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana