Puasa 10 Julai, Aidilfitri 8 Ogos - Unit falak UniSZA

KUALA TERENGGANU 25 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka akan mula berpuasa pada 10 Julai ini manakala Aidilfitri pula disambut pada 8 Ogos, kata Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Penolong Pegawai Tadbir unit berkenaan, Ahmad Taufan Abdul Rashid memberitahu,

untuk jangkaan awal 1 Ramadan 1434H, berdasarkan hitungan pengiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Syaaban dengan fasa bulan baru (Ramadan) berlaku pada 8 Julai, bersamaan waktu Malaysia pukul 3.16 petang.

Ahmad Taufan dalam satu kenyataan kepada Utusan Online hari ini menjelaskan tarikh 29 Syaaban iaitu bersamaan hari rukyah, juga jatuh pada 8 Julai ini.

Bagi jangkaan awal Syawal 1434H pula, ia berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru, Syawal berlaku pada 7 Ogos, bersamaan waktu Malaysia pukul 5.51 pagi.

Katanya, tarikh 29 Ramadan iaitu bersamaan hari rukyah (jika 10 Julai adalah 1 Ramadan) juga pada 7 Ogos.

Beliau bagaimanapun berkata, tarikh rasmi awal Ramadan dan Syawal adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana