PRK Kuala Besut: Shabery sifatkan Anwar gelojoh

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gelojoh kerana bercakap soal pilihan raya kecil ketika keluarga Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar bersedih atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut itu.

Katanya perbuatan Ketua Pembangkang itu menunjukkan Anwar tidak tahu bersabar dan teruja kerana kematian A. Rahman membuka peluang kepada pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Terengganu tersebut.

"Bila orang bersedih bagi dia seolah-olah dia gembira untuk (merampas satu lagi kerusi)...(Ini) kegembiraan untuk Anwar dan terus menunjukkan rasa tamak dan gelojoh untuk menerkam satu kerusi yang ada di situ.

"Bagi saya ini masih lagi waktu bersedih kami...untuk menunjukkan simpati, dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham...itu yang lebih penting, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar semalam yang bercakap mengenai pilihan raya kecil di DUN itu sedangkan penyandangnya Allahyarham A. Rahman Mokhtar baru sahaja meninggal dunia pada sebelah pagi.

Allahyarham A. Rahman, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN)mampu mempertahankan kerusi itu jika pilihan raya kecil diadakan.

"Berdasarkan keputusan lepas, BN menang dengan agak selesa, jadi tidak ada sebab untuk BN kalah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana