PPIM buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook kerana hina Agong...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada jam 10.54 pagi diiringi 10 badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Beliau berkata, PPIM mewakili 100 NG0 dan antara NGO yang hadir hari ini ialah Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) dan Kelab Ikatan Ukhuwah Malaysia.

Dalam akaun facebooknya seorang wanita yang menamakan dirinya Melissa Gooi didakwa menghina Tuanku Abdul Halim.

"Kebelakangan ini, budaya mengkritik tanpa batasan makin menjadi-jadi dan tidak sepatutnya berlaku kerana mereka yang menghina sangat kurang ajar. Ini merupakan racun yang akan merebak kepada seluruh masyarakat jika tidak ditangani," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Nadzim berkata, perbuatan itu adalah satu penghinaan kepada negara serta mencemarkan institusi diraja.

"Kita minta polis dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab," katanya.
Beliau menyarankan supaya kerajaan mencari kaedah tertentu untuk menyekat perbuatan yang boleh menjejaskan imej negara.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana