Politik dan sukan... Tanggungjawab besar KJ...

Ramai pemimpin masa lalu dilahirkan melalui pertubuhan dan persatuan belia sehingga berada dipersada kepimpinan negara malah belia juga dianggap benteng negara.

Namun kini persatuan belia dilihat tidak secergas dahulu dan suara mereka juga seolah-olah tenggelam serta jarang didengar terutama dalam menyuarakan pendirian dalam isu-isu semasa di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan yang baharu Khairy Jamaluddin Abu Bakar A.K.A KJ diharapkan dapat menjulang semula golongan belia agar kembali kental, berwibawa dan tersohor sebagai pemimpin pelapis masa depan negara.

Beliau juga digesa agar berusaha gigih mengembalikan kecemerlangan serta kegemilangan sesetengah acara sukan yang sebelum ini telah mengharumkan nama negara dipersada dunia.

Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Muhammad Yadzan Mohammad (gambar) berharap Khairy memegang amanah yang diberikan pada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh tanggungjawab dan kesetiaan.
zanut
Kementerian Belia dan Sukan, Yadzan  berpendapat, Khairy perlu memastikan kecemerlangan sukan dan memartabatkan semula belia selaku pemuda generasi masa depan agar tahu menghargai nikmat kemakmuran yang dibawa oleh parti pemerintahan hari ini.

Menurut Yadzan, lapangan yang luas itu mesti diperjuangkan kerana ini adalah pentas yang diberikan seluas-luasnya oleh PM kepada beliau. memimpin satu organisasi yang besar ianya perlu diterjemahkan sebaik mungkin.

Sebagai Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, "saya bersyukur kerana inilah permulaan untuk Khairy mengorak langkah bagi memastikan generasi muda sebagai pengundi untuk PRU14 nanti tahu untung nasib dan tahu sumbangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terhadap rakyat serta negara tercinta."

Kata Yadzan, "saya percaya Khairy mampu mengangkat martabat belia sebagaimana terdahulu hebatnya pemimpin-pemimpin adalah melalui persatuan belia, maka saya percaya Khairy akan memberi perhatian khusus."

"Saya yakin dengan kebolehan, kewibawaan dan pengalaman beliau akan mampu melaksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin terutama dalam hal memajukan generasi muda, " tambahnya yang ditemui baru-baru ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Menurut Yadzan, "semua pihak harus sedar bahawa tidak semua yang kita hendak kita akan dapat tetapi hari ini Khairy diberi tanggungjawab dan amanah yang besar untuk membina generasi muda sebagai pelapis untuk menghadapi serta mewarisi agenda negara di masa hadapan. Beliau mesti ambil peluang ini untuk memajukan sukan dan mengangkat martabatnya di kaca mata rakyat jelata."

Katanya, "beliau juga kena berusaha untuk mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan beberapa jenis sukan yang dahulunya dikuasai oleh rakyat negara kita."

Mengulas tentang pertubuhan dan persatuan belia, Yadzan mahu Khairy membuka peluang dan ruang supaya ada persaingan yang sihat dalam belia dengan peraturan dan syarat kerana kita tidak mahu mengangkat martabat belia yang akan menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan.

Beliau sekali lagi mengulangi keyakinan pada Khairy yang bukan sahaja hebat berhujah tetapi bertindak kerana itu dua unsur utama yang perlu diseiringkan.

Mengenai ada pihak persoal Pergerakan Pemuda UMNO dilihat lemah, Yadzan berkata, "saya berada pada zaman empat pemimpin pemuda yang mana ianya berbeza dengan sekarang, Khairy telah memampu membawa pemuda pada tahap terbaik sekarang walaupun dalam segala kepayahan."

"Saya melihat amanah yang diberikan oleh PM kepada Khairy samada tersurat atau tersirat merupakan satu keikhlasan kerana melihat anak muda ini sabar  laksana tugas dan tanggungjawab setakat yang beliau mampu," kata Yadzan.

Yadzan yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim berkata, "Khairy kena menerima segala macam teguran dengan baik, jadikan iktibar, mungkin ada betul atau tidaknya, mesti melihat apa kehendak rakyat keseluruhannya."

"Saya harap agar budaya ketidakpuasan dalam UMNO dapat diketepikan, kembalikan ahli UMNO yang bersatu dan Khairy perlu sentiasa ditegur dan dibina untuk terus berjaya sebagai pemimpin pada era akan datang." ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana