Polis tak akan halang himpunan pembangkang-Zahid

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tiada sebarang halangan kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan pada 15 Jun ini selagi ia mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Pihak polis akan membenarkan perhimpunan yang bakal dianjurkan Pakatan Rakyat itu andai pihak penganjur mematuhi segala yang digariskan dalam undang-undang terbabit.

"Bagi pihak KDN, kami tidak mempunyai sebarang masalah," katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Cure & Care Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini, hari ini.

Pakatan Rakyat semalam mengambil keputusan menyokong penganjuran sebuah lagi perhimpunan pada 15 Jun ini sebagai menunjukkan bantahan terhadap keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah minggu lalu bertitah semua rakyat perlu menghentikan sebarang usaha untuk mencemar kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan pilihan raya umum negara ini.

Menurut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pihaknya akan memaklumkan dari masa ke semasa melalui perbincangan di antara pihak sekretariat dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan meneliti penganjuran perhimpunan tersebut.

"Kita juga telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada petang 15 Jun akan datang.

"Pihak jawatankuasa sekretariat dan wakil-wakil NGO akan meneliti semua aspek dan akan berunding dengan Ketua Polis Negara dan pihak keselamatan supaya perjalanannya itu terjamin aman dan terkawal," kata beliau dalam satu sidang media.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana